Monday, June 23, 2008

Orang Melayu akan dipijak sekiranya tidak Bersatu!

Dimasa orang Melayu telah terhakis kuasanya, dilihat bangsa lain telah pijak kita. Mereka tidak henti-henti megambil jalan mudah untuk mencari populariti dan menekan Pemimpin Melayu.

Terbaru, kenytaan Palanivel yang menyuruh Tun mengingati asal usul Tun Mahathir adalah satu kenyataan yang KURANG AJAR kepada seorang Bekas Pemimpin Agong Melayu.

Ini diikuti oleh kurang ajarnya Soo Koon yang makan sukun. Menyatakan UMNO mesti berubah kepada lebih bertolak ansur didalam perjuangan bangsa.

Perkara ini adalah rintitan daripada banyak lagi kenyataan-kenyataan oleh Pemipin parti komponen yang tidak menghormati orang MELAYU. Malah ada mereka yang menyatakan Kontrak Sosial perlu dikaji kembali secara terang-terangan.

Bangsa lain akan terus menekan kita, sekirang orang Melayu tidak bersatu didalam membuat keputusan untuk membina Tamadun Melayu yang kuat, sekiranya tidak ada penyatuan nescaya Tamadun yang kita bina ini akan lenyap didalam masa terdekat.

Orang Melayu mempunyai Pengkhianat Agong Seperti Anwar Ibrahim. Pengkhianat ini adalah pekhianat kepada bangsa Melayu dan Raja-raja. Beliau merupakan talibarut kepada bangsa lain semata-mata untuk memiliki kuasa.

Pujanga megatakan, bangsa melayu tidak akan hilang disebabkan oleh bangsa lain, bangsa melayu akan lenyap dan hilang kuasa disebabkan oleh orang melayu sendiri.

Kita selalu berkelahi , dan para Pemimpin kita terlalu EGO. Disebabkan kedudukan dan kuasa, Pemimpin kita hilang pertimbangan dengan Sahabat.

Pak Lah dan Tun merupakan Sahabat Perjuangan. Apalah salah sekiranya kedua-dua ini berjumpa dan bersalaman, yang tua boleh jumpa yang muda dan yang muda boleh jumpa yang tua.

Pas pula, sanggup berkompromi dengan orang Kafir kerana melihat UMNO sebagai zalim. Zalim UMNO tidak pernah Melayu hilang kuasa. Tetapi berkompromi dengan orang Kafir, Melayu akan hilang segalanya.

Yang memusnahkan Orang Melayu disebabkan oleh PKR. Orang PKR tidak pernah sedar dan insaf akan kehilangan Melayu dikalangan mereka. Ideologi yang dibawa untuk hak samarata adalah satu perkara yang tidak adil kepada negara Islam.

Kita merdeka disebabkan oleh dua perkara Penting iaitu :

1. Bangsa Lain mesti menghormati Agama ISLAM (Islam adalah Agama Rasmi)
2. Hak Keistimewaan Orang Melayu dijaga.

Jadi, inilah janji kita kepada bangsa lain semasa kita memberikan mereka 1 juta kerakyatan, dan pada hari ini, PKR melalui Pengkhianat Bangsa Melayu memperjuangkan hak samarata, yang mana perjuangan ini mirip kepada DAP.

Sudah masanya orang-orang Melayu mesti bersatu untuk memberikan amaran kepada bangsa lain agar jangan memperlekehkan kita.

Orang Melayu mesti berhimpun untuk membantah apa sahaja tindakkan bangsa lain yang menghina Pemimpin Melayu.

Raja Nazrin telah bertitah, dan ini nyata dan disokong oleh NGO Melayu, dimanakah Hilangya UMNO dan Parti Melayu yang lain? Tidak kah kita terpanggil untuk membuat kenyataan menyokong dan berhimpun untuk menyokong Titah Tuanku ini?

Bersatulah Melayu Untuk Memastikan Bangsa Melayu masih lagi wujud didalam Malaysia 100 tahun akan datang ....


Kenyataan Raja Muda Perak Di UTUSAN Melayu !

KUALA LUMPUR 22 Jun – Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu menyokong titah Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah yang mahukan orang Melayu kuat dalam segala aspek demi menjadi bangsa yang terus gagah di negara ini.

Rata-rata menyifatkan titah baginda itu satu nasihat dan pandangan mewakili institusi Raja-Raja Melayu yang mahu melihat usaha penyatuan Melayu diberi keutamaan pada masa ini.

Presiden Yayasan Kajian Strategik Melayu, Datuk Dr. Radzi Abdul Latif berkata, titah Raja Muda Perak itu menggambarkan kesedaran tokoh muda dalam institusi Raja-Raja Melayu untuk melihat perpaduan dalam kalangan orang Melayu dipelihara.

Menurut beliau, rakyat mesti memberi sokongan padu kepada kepimpinan Melayu dengan mengetepikan perbezaan politik dan ideologi bagi mengukuhkan lagi kekuatan bangsa.

“Jika kita bersatu, Melayu akan menjadi lebih kuat, gagah, bersemangat waja dan menjadikan kita bangsa yang dihormati serta tidak mudah diperlekehkan oleh bangsa lain,’’ katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas titah ucapan Raja Muda Perak pada majlis Hari Ucapan dan Penyampaian Hadiah Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) semalam, yang tidak mahu melihat orang Melayu menerima nasib bagaikan dagang di kampung sendiri dan terpaksa bermusafir di bumi sendiri.

Raja Nazrin bertitah, kejayaan anak bangsa pada masa sekarang adalah atas pengorbanan, keringat, kesusahan dan usaha generasi terdahulu.

Radzi berkata, masa depan Malaysia yang berbilang kaum adalah sangat bergantung kepada perpaduan Melayu.

“Dalam erti kata lain, perpaduan Melayu adalah teras perpaduan negara dan kekuatan sebenar orang Melayu,’’ katanya.

Beliau menegaskan pada masa ini kekuatan orang Melayu daripada segi politik, ekonomi, ketuanan dan kedaulatan semakin terhakis.

Justeru kata beliau, seluruh lapisan masyarakat sewajarnya memandang serius saranan baginda itu.

Sementara itu, Presiden Dewan Perhimpunan Melayu Kedah, Tan Sri Khalid Abdullah berkata, orang Melayu mesti kembali kepada perjuangan asal mereka yang mengutamakan kepentingan negara dan bangsa.

Menurutnya, mereka perlu berpegang teguh pada objektif perjuangan supaya segala cabaran dan rintangan dapat dihadapi dengan baik.

“Generasi sekarang tidak mengambil kira kepentingan negara dan bangsa kerana mereka hanya sibuk memikirkan apa yang akan terjadi kepada diri mereka sendiri.

“Masing-masing takut kalau sesuatu yang tidak baik berlaku ke atas mereka,’’ katanya.

Menurutnya, pejuang bangsa zaman dahulu sanggup mengorbankan kepentingan diri semata-mata untuk memastikan negara merdeka, tetapi semangat itu tidak diteruskan oleh generasi sekarang.

“Selagi ada individu yang hanya mementingkan diri dan keluarga mereka sahaja, orang Melayu tidak akan dapat bersatu,’’ katanya.

Ketua Umum Barisan Bertindak Perpaduan Melayu (BBPM), Osman Abu Bakar berkata, titah Raja Muda Perak itu sebenarnya menjadi sumber inspirasi baru kepada golongan muda bagi memastikan kedaulatan bangsa Melayu lebih kukuh.

Menurut beliau, pembabitan golongan muda amat penting dalam usaha penyatuan Melayu bagi meletakkan bangsa itu kuat dari segi politik, ekonomi, pendidikan dan sosial.

‘‘Walaupun menitikberatkan soal perpaduan dan ketuanan Melayu tetapi ia tidak sama sekali akan meminggirkan kepentingan dan hak kaum lain,’’ katanya.

Tambahnya, piagam, tuntutan dan ikrar dalam resolusi kongres Permuafakatan Melayu Mei lalu mempunyai kesinambungan dengan apa yang dititahkan oleh Raja Muda Perak.

Sementara itu, Timbalan Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Syed Anuar Syed Mohamad bersetuju orang Melayu perlu mencari satu formula terbaik bagi mengatasi masalah perpecahan di kalangan mereka.

Menurutnya, perbezaan pegangan politik sepatutnya tidak menjadi punca perpecahan bangsa Melayu.

‘‘Jika dalam parti politik yang berbeza kaum masih boleh bersatu, formula yang sama perlu digunakan untuk menyatukan orang Melayu,’’ katanya.