Monday, April 14, 2008

DAP Memerintah Perak, Melayu hilang Tanah

Tahniah kepada orang-orang Melayu Perak yang telah mengundi DAP atau PKR. Dan tahniah kepada pucuk pimpinan UMNO yang telah meporak perandakan minda orang Melayu selama 4 tahun ini.


Akibat dari sengketa yang tidak dapat dikawal, dan akibat daripada Pimpinan UMNO yang telah hilang arah dan tidak penumpukan kepada kekuatan umat, inilah balasanya. Perjuangan yang dahulu kita pupuk untuk menjaga TANAH Melayu telah hilang begitu sahaja.


Zaman sebelum merdeka, orang-orang CINA menguasai Ekonomi, dan India bekerja di ladang-ladang, kontrak sosial direka dan diulam untuk memberikan orang Melayu dapat menjaga Tanah Melayu dengan baik sehingga tidak dijual kepada CINA (orang melayu miskin).


Inilah kuasa pentakbiran yang kita pertahankan selama ini bagi mengibangi kaum CINA yang jauh lebih kaya di Tanah Melayu.


Apa sudah terjadi di Perak. Melayu sebagai MB, dan DAP 6 Wakil(5 CIna, 1 India, dan PKR = 1 CIna). Apa nak buat lagi, kuasa ekonomi sudah hilang, kuasa mentakbir sudah hilang.


Di Kuala Lumpur dan Negeri-negeri besar, orang Melayu dipinggirkan kerana kuasa ekonomi. Ramai yang tidak mampu untuk memiliki kondominium yang dibanggunkan, dan ramai orang-orang Melayu hanya mampu membeli rumah kos rendah, ini hakikat, orang-orang CINA mempunyai kuasa ekonomi, dan mereka menjaga dikalangan mereka, bukan pasal perkauman, tetapi, siapa yang perlu kita jaga dahulu sebelum kita menjaga orang lain, sudah tentu sahabat dan keluarga kita.


Jesteru itu, bagaimana Melayu ingin meneruskan perkongsian kuasa ekonomi ini sekiranya kerajaan pun sudah diberi kepada orang lain.


Di Pulau Penang, Tanah MELAYU hanya 9%, dan sekarang DAP mempunyai negeri itu, sudah hilang lagi TANAH MELAYU. dan sekarang mereka akan mengerakan dan mengorak langkah untuk mendapatkan PERAK, banyangkan berapa banyak tanah MELAYU boleh digadaikan didalam masa 5 Tahun memerintah. Orang Melayu boleh GAH dengan kuasa sebagai MB, tetapi setiap mesyuarat EXCO, Melayu boleh diam, kasi KAMI buat keputusan.


Pikirkan bersama …

8 comments:

kalidas said...

Sekarang tidak boleh cakap pasal perkauman. Kita semua rakyat Malysia. Sebagai rakyat Malaysia kita harus mempunyai hak yang sama. Saya adalah rakyat Malaysia, keturunan India. Dulu orang India telah percaya kepada BN. Mereka selalu mengundi BN. Tetapi orang2 Melayu mengabaikan kaum India dalam banyak bidang. Orang Melayu nak menjadi tuan, boleh. Tapi mereka harus menganggap semua kaum adalah sama. Kan kami ini pun makhluk Allah? Kalau Malaysia nak maju, semua kena maju sama-sama. Kan kita semua ini rakyat Malaysia? Seorang PM dalam negara ini bukan saja PM kepada orang Melayu, tapi dia adalah PM kepada semua kaum di negara ini.
Pemerintahan Mahathir tidak releven di neagara ini pada masa sekarang. Saya percaya kalau dia cuba bertanding dalam pilihanraya beliau pasti tidak akan berjaya kerana kaum lain pun sudah tahu hak mereka sebagai rakyat Malaysia.

Anonymous said...

testing

azlishukri said...

artikel menarik, en kalidas, semua kaum ada hak, tetapi tidak semua ada hak yang sama. kita harus faham hak-hak yang melingkari kita, masalah utama kaum India ialah, bangsa mereka sendiri yang tidak menolong bangsa sendiri, maka terjadi pengabaian hak. Orang Melayu tidak mengambil hak orang lain. ambil contoh individu-individu India yang berjaya pada hari ini, Tony Fernandes, Ananden Krisnan, dan banyak lagi adakah mereka membentu kaum mereka sendiri? golongan ini apabila sudah kaya dan berjaya sering melupakan identiti dan kaum sendiri, sanggup tukar agama masuk kristian kerana agama tersebut kononnya berprestij, kemudian apabila berkahwin mereka lebih gemar berkahwin dengan bangsa asing seperti wanita eropah, dan tinggal di luar negara. Semua ini menunjukkan bahawa bangsa India ketinggalan adalah kerana terdapat sesetengah daripada kaum tersebut yang tidak membantu kembali kaum mereka.

al amin ahmad said...

Kita nak pertikai kelemahan kita memimpin negara kita sehingga terlepas ke tangan kaum lain?sedar tak sedar, salah siapa yang membenarkan banyak kaum lain menjadi calon?contohnya..KOTA SETAR,melayu banyak dari kaum lain..tapi tak ada pilihan kerana di beri kepada MCA..macam mana melayu nak mengundi?hak mengundi melayu sendiri kian terhakis..salah siapa ekonomi melayu kian merundum?memang akan kluar dari mulut "atas kehendak diri sendiri"..tapi macamn=mana kita nak follow kehendak diri sendiri bila pemimpin sendiri memberi banyak sangat peluang terhadap kaum lain..Saya Pemuda Kuala Kedah, yang sudah 2 kali pilihanraya menjadi Ketua kawasan peti undi..sekalipun tak pernah nampak pemimpin MELAYU turun padang membetulkan keadaan..dimanakah TUAN MELAYU kita?Jalan dah 10 tahun tidak diturap,ekonomi yang lembab,pembaziran projek yang tak muncul tiba,aduan yg tak pernah dijawap,kemiskinan yg tidak dibendung..pengangguran kian bertambah..bayangkan,jbtn kesihatan alor star kluarkan borang jwtn kosong..15ribu borang habis di ambil,tapi jwtn yg di salurkan hanya sedikit,tetiba..keluarga yg terdekat yg berjaya memohon..kalau dalam parlimen kecil pun ada berlaku kronisme..inikan pula kerajaan pusat..bagaimana kita nak membantu bangsa melayu kita pakat naik?setiap hari saya cuba berfikir rasional bagaimana nak majukan keadaan pembangunan dan ekonomi setempat..bila bawa ke pihak yg perlu..zero!aduan yg lama pon tak disentuhnya..pemilihan UMNO..ahli yg berkaliber tak pernah dapat peluang..yang kekal tetap kekal..kecuali dah tak dapat undi..apa yg dikejar?ELAUN..bukannya nak berbakti kepada rakyat..mmg dalam situasi sekarang..kita terpaksa mementingkan diri dan keluarga utk hidup..tp..percayalah..nanti bila masa umur kita dah beruban..nyesal kerana tak berjuang dgn betul..UMNO tetap kita dokong..Pemimpin zalim kita perlu sokong ka?sekarang Alor setar setelah di ambik alih oleh pembangkang..kenapa jalan2 sudah mula diturap?kata ustaz azizan..KEDAH DUIT BANYAK..tapi kena time PAK LAH..duit di negeri KEDAH ni tak pernah ada?WALLAH HUALAM..
saya sekadar berkongsi bukan membenci..kami tetap setia dengan UMNO>>hidup melayu!

Unknown said...

Salam saudara Razlan.Pelangi setuju benarlah coretan dan rintihan hati saudara mengenai nasib melayu Perak.(Tapi bukan kah orang Melayu yang nak kan begitu)Baik orang Melayu Bn mahupun orang Melayu dalam Pakatan Rakyat tidak "pikir panjang" apa akan jadi kesudahannya apabila mereka hanya memikirkan "kuasa" untuk memerintah,tak kira "kuasa" itu diperolehi dengan atau caramana mahupun implikasinya terhadap oarng Melayu itu sendiri dalam waktu jangka masa panjang.
Saudara, andainya kita belek sejarah kita tidak akan terlepas dari melihat fakta bahawa kerana merebut "kuasa" banyak insiden2 berlaku dimana kemenangan dicapai dengan "bantuan luar" tak kira sama ada chulalongkorn,majapahit,bugis,belanda,portugis,british,tembok besar,taj mahal atau sapa saja, janji 'kuasa' dapat diboloti atau dirampas dari tangan orang lain yang digelar melayu.Kenapa ya?Adakah kita mewarisi 'suatu sindrom penyakit' mahu tak mahu kita akan melakukannya secara berterusan 'berpakat menjatuhkan orang' tak kira pakatan itu dengan sapa atau dari mana,janji kita berjaya tanpa memperdulikan langsung kesan akibat perbuatan itu.Kenapa? Pening memikirkannya.Adakah kta mengejar 'suatu macam kepuasan' apabila kita berjaya menjatuhkan orang kita sendiri?
Bila kita ada kuasa kita lupa diri,sehingga gagal mencapai maksud sebenar perjuangan untuk kesejahteraan bersama secara adil dan saksama termasuk untuk yang berlindung dibawah naungan kita.Yang bertapak dibawah naungan kita juga adalah merupakan 'tiang seri',oleh itu adalah kewajipan bersama untuk melihat 'tiang seri' sentiasa berseri seperti serinya 'bangunan' yang dikatakan Tanah melayu.
Kepada saudara Kalidas ,Orang Melayu tidak mengabaikan mana mana kaum pun.Sebab?.Sebabnya mudah sahaja,tanyalah oarang melayu sendiri,mereka juga terabai.Kalau tak terbai manamungkin peratusan dibawah paras kemiskinan yang tinggi adalah orang melayu.Kesimpulannya,jangan kita cakap atau melihat sesuatu kaum sahaja yang terabai dalam semua bidang,yang terabai adalah kelompok rakyat kita yang terbai bukan sesuatu kaum.
Saudara Muhammad Azli Shukri,kalaulah andaian saudara mengatakan kaum India terabai sebab kaum India sendiri tidak membantu kaum sendiri,bagaimana pula dengan kaum Melayu?.Adakah masalah orang melayu sekarang ini disebabkan orang melayu sendiri tidak membantu kaum sendiri?.
Pendek kata,kalau kita melihat sesuatu dalam skop sesuatu kaum sahaja maka jawapannya akan terus kabur dan kita sampai bila pun akan gagal menemui jawapan yang sahih.
Saudara al-amir Ahmad,jangan cepat sangat menjadikan Pakatan Rakyat sebagai ukuran untuk membandingkan pemerintahan yang lepas.Sebab? Pakatan Rakyat baru "seratus hari jagung"(ikut bahasa karam)sebenarnya setahun jagung.Terlalu awal umpama mengira anak ayam sebelum telur menetas.

Akar Umbi said...

Mr Kalidas,

Jangan terpengaruh dengan cakap orang. Kalau saya terpengaruh, saya pun akan benci kaum India sebab HINDRAF cakap mereka benci UMNO. Saya bagi contoh Selangor (sebab saya orang Selangor), MIC kalah semua kawasan Parlimen yang ditandingi. Cuba tengok macamana Palanivel kalah di Hulu Selangor, majoriti bawah 1,000. Kalau ikut hati marah, sudah tentu lagi ramai orang Melayu semua throw vote dekat Dr Zainal Abidin. Tapi kita banyak baik hati, masih bagi vote sama Palanivel.

Razlan said...

Terima Kasih semua.

Malaysia membanggun kerana Orang Melayu melakukan pentakbiran secara adil.

Sekiranya tidak adil, manakan bangsa lain boleh sama-sama kaya dan belajar di negara Malaysia.

Kita mengecapi keamanan dan semua bangsa boleh berkerja dan berniaga di Malaysia.

Orang India dan Cina, sehingga sekarang ada Sekolahnya sendiri. Selagi kita melahirkan generasi mengikut Kaum, selagi itulah kita tidak akan hilang Kaum dan Bangsa.

Jadi, Orang Melayu tidak paham dan tidak mengerti, kenapa perlu bangsa lain Meminta yang lebih.

Orang Melayu sehingga sekarang tidak mencapai 30% ekonomi, tidak paham kenapa ada Sekolah CIna dan India.

Orang india sekarang lebih kaya dari orang Melayu.

Jadi, apa yang tidak adil.

DAHULU kita merdeka dan memberi kerakyatan kepada Bangsa lain dengan 2 Perkara:

1. Agama Islam Agama Rasmi
2. Hak Keistimewaan orang Melayu mesti dijaga.

Jadi, Kenapa sekarang meminta lebih?

Paham, Orang Melayu sudah iklas memberikan Tanah Melayu untuk dikongsi. tetapi bangsa lain mesti berterima kasih kepada Orang Melayu kerana perkara ini, dan jangan sesekali membangkitkan HAK KEISTIMEWAAN Melayu!

azhar said...

Saya tidak suka cara UMNO memainkan isu perkauman.UMNO seharusnya mula sedar bahawa isu perkauman hanya memecah belahkan kita BANGSA MALAYSIA.

UMNO perlulah membubarkan UNITED MALAYS NATIONAL ORGANISATION & Digantikan dgn UNITED MALAYSIAN NATIONAL ORGANISATION.Parti komponen BN juga lain perlu dibubarkan.

saya ingin menjejaskan sedikit fakta PRU 12 yang lalu...

Bg DUN Perak jumlah kerusi yg dipertandingkan ialah 59.

BN bertanding 59 menang 28
PAS bertanding 21 menang 6
PKR bertanding 20 menang 7
DAP bertanding 18 menang 18
BEBAS bertanding 1 tanpa menang

Dari segi % kemenangan menunjukkan DAP menang 100% kerusi di semua kerusi majoriti bukan melayu yg ditandinginya.
Kesimpulan:Semua kaum bukan Melayu menyokong DAP & menolak BN

Jika diteliti MELAYU yg menang kerusi DUN berjumlah 36 orang(semua parti) & Bukan Melayu pula 23.
KESIMPULAN:Org Melayu masih ramai di DUN Perak